Penubuhan Rumah Rehab Al Hilmi

Ditubuhkan sejak 1 November 2021 dan merupakan projek Komersil pertana yang berkerjasama dengan Persatuan Komuniti Pesakit Neuro/Stroke Malaysia dan juga Komunti Stroke Survivors Malaysia.

Saya Haji Wan Hilmi Bin Wan Mohd Nor Founder Rumah Rehabilitasi Stroke Al Hilmi adalah salah seorang Komuniti Stroke Survivors Malaysia. Saya sendiri pernah di serang Mild Stroke pada 17 September 2019 akibat berlakukan bloodclot pada salur darah di bahagian otak sebelah kiri. Ini menyebabkan saya telah lumpuh separuh badan kaki dan tangan di sebelah kanan, penglihatan mata menjadi double Vision, Silau pada cahaya, Percakapan sedikit terganggu (Dysphasia) dan beberapa simpton yang biasa berlaku pada kebanyakan pesakit Stroke.

Kategori Stroke ini di panggil Ischemic Stroke. Pada peringkat awal pemulihan Stroke, saya juga melakukan kesilapan yang sama iaitu mempunyai kepercayaan bahawa dengan mengurut boleh memulihkan anggota Stroke. Setelah berusaha hampir setiap minggu, anggota stroke saya semakin lemah dan lemah walaupun telah berulang kali berurut berminggu-minggu.

Nasib baik pada satu hari, Saudara Idzwan Othman, iaitu Presiden Persatuan Komuniti Pesakit Neuro/Stroke Malaysia telah menelefon saya bertanya khabar dan menasihati saya untuk fokus kepada Rehabilitasi Stroke melalui rawatan Pemuihan Anggota Badan melalui Fisioterapi.

Setelah mencuba rawatan pemulihan Fisioterapi yang pertama, saya sudah dapat merasakan sedikit perubahan dan Tanpa menoleh kebelakang, saya terus fokus pemulihan anggota Stroke saya melalui teknik Fisioterapi dan Kognitif Terapi secara Intensif setiap hari.

Alhamdulillah dalam masa 5 Bulan berjaya kembali memandu kenderaan, refleksi kawalan anggota badan yang semakin baik, pandangan mata double Vision dan silau semakin berkurangan dengan banyak, lutut dan pergerakan kami semakin kuat selepas dilatih secara intensif melalui jogging dan berjalan kaki. Bermula dengan 5 minit satu hari hingga saya mempu berjalan kaki/jogging 2 jam satu hari.

Sikap malas ditolak ketepi dan disiplin pemulihan yang ketat, tanpa henti selain dua faktor yang wajib di jaga oleh semua orang iaitu Disiplin jaga kesihatan dan ubatan, dan kedua disiplin penjagaan pemakanan yang sihat.

Idea penubuhan Rumah Rehab ini muncal sejak saya mula sembuh dan akhirnya selepas pandemik Rumah Rehab Al Hilmi berjaya ditubuhkan dan mula beroperasi pada 1 November 2021.

Semoga Idea penubuhan Rumah Rehab ini dapat membantu lebih ramai pesakit Stroke untuk sembuh atau sekurang-kurangnya boleh berdikari dan menguruskan diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

Sekian dan semua kejayaan serta Penyembuhan datang darinya, kita berusahan dengan Ilmu dan pengetahuan yang juga di kurniakan olehNya.

Ameen

Mobirise Website Builder

Hj Wan Hilmi Bin Wan Mohd Nor,
Founder Rumah Rehab Al Hilmi

FOUNDER RUMAH REHAB AL HILMI

Saya Hj Wan Hilmi Bin Wan Mohd Nor, 47, Founder Rumah Rehab Al Hilmi.

Saya seorang bekas pesakit ischemic Stroke pada 17 Sept 2019. Sekarang saya sudah pulih lebih 95% daripada Stroke.

Saya juga salah seorang Admin Bagi Group "Stroke Survivors Malaysia" di Facebook dan Timbalan Presiden Persatuan Komuniti Pesakit Neuro/Stroke Malaysia..

Easiest Website Builder