1. Terapi Persekitaran supaya pesakit Seronok menjalani Kehidupan, dan mereka ada Kehidupan lagi dan bukan sakit stroke hanya menunggu mati.
2. Terapi Sosial untuk kurangkan risiko Tekanan Jiwa. Membuka jiwa kembali untuk kegembiraan.
3. Terapi Kognitif untuk memulihkan kembali Fungsi memproses otak selain fungsi fizikal.
4. NMES merangsang dan simulasi kembali proses Neuroplasticity neuron otak supaya aktif kembali dan mengambil alih serta belajar fungsi neuron otak yang sudah mati kerana stroke.
5. Neurologic Fisioterapi - Fokus pemulihan. fizikal Kes Neuro bagi pesakit Stroke dan pesakit Bukan Stroke.
6. Kami juga melakukan basic Terapi Pertuturan bagi mereka yang bermasalah pertuturan (language Disorder).
Dengan Kekuatan 4 orang Fisioterapi yang berkelulusan Ijazah dan Diploma dalam bidang Fisioterapi dari Universiti dan kolej. Mereka terlatih untuk membantu pemulihan Kes Neuro dan Stroke.
2 orang Pembantu Fisioterapi, 2 orang Jururawat lelaki dan Perempuan.
4 orang Caregivers tetap dan Standby, terlatih dan berpengalaman
yang di latih oleh kolej Nurse, CPR dan Basic Life support dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban
2 orang administration untuk membantu pengurusan jadual temujanji Hospital/Klinik /permohonan dengan Zakat dan baitulmal, Kad OKU JKM dan pelbagai agensi lain.
1 orang tukang masak sepenuh khusus untuk Rumah Rehab Al Hilmi bagi menyediakan makanan mengikut formula Diet Stroke/Neuro kami.