Kami menawarkan pakej pemulihan pesakit luar dan pakej membuat rawatan ke rumah anda.
Salah satu aktiviti pesakit-pesakit strok.
Bermula bulan JULAI kami bercadang untuk Fokus Kes Stroke pesakit Luar.
Termasuk buka pada hari Sabtu, di Bandar Seri Putra, Kajang.
Setiap kali kami, buka servis baru.
Kami akan buat tawaran PROMO pakej dengan harga Istimewa.
Antara peristiwa Penting yang kami sentiasa buat harga PROMOSI iaitu :
1. PROMOSI TERHAD bulan pakej Ramadan. Yang terhad pada bulan ramadan dan awal Syawal sahaja. (Harga murah rm 1k dari Rate hari biasa).
2. POMOSI TERHAD pakej Servis baru seperti Pakej PROMOSI Online Fisioterapi.. ( RM 199 untuk 8 Session terhad kepada batch Pertama sahaja).
3. PROMOSI TERHAD bagi pembukaan Cawangan baru seperti pakej pesakit Luar/kali pertama pada harga tak masuk Akal. (Pakej Intensif Rm 300/5 Session untuk pelanggan pertama sahaja).
4. PROMOSi bayaran untuk pakej 3 bulan Stayin sekaligus dengan Diskaun 10% . Jimat beribu ringgit.
Antara Formula paling berkesan untuk pemulihan Stroke ialah Pakej INTENSIF Stayin selama 3 hingga 6 Bulan.
Selepas mendapatkan rawatan yang sewajarnya semasa serangan strok, tempoh emas untuk pemulihan selepas strok adalah dalam tempoh 3-6 bulan. Tempoh masa ini sangat penting kerana kebanyakan pemulihan saraf berlaku pada masa ini. Ini adalah sebab bahawa tempoh emas memainkan peranan penting dalam pemulihan pesakit.
Image
Strok bukanlah penyakit tetapi strok berlaku di sebabkan oleh penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis (diabetes) Kolesterol yang tinggi, rithma jantung yang tidak stabil, SLE, Kanser dan sebagai.
Stroke berlaku apabila sel Otak/neuron yang menjaga fungsi anggota badan atau fungsi lain gagal mendapat oksigen dalam satu tempoh dan mati. Kegagalan mendapat oksigen tersebut sama ada kerana salur darah pecah kerana tekanan/trauma atau salur darah tersumbat kerana berlakunya ketulan darah yang besar (bloodclot) menyebabkan aliran darah tersumbat di otak.
Kita di lahirkan dengan 30 billion sel otak yang di panggil Neuron. tetapi kita hanya menggunakan sekitar 7% sahaja sel otak kita.
Apabila bila sel otak kita mati, sel otak yang berjiran dengan sel otak yang mati, akan mengambil alih fungsi tersebut dalam keadaan 'KOSONG'. bermaksud ianya perlu belajar dan dilatih kembali seperti bayi untuk menggunakan fungsi yang hilang. Proses ini perlu di latih dan dilakukan secara berulanb-ulang semingga sel otak tersebut dapat memori dan terlatih untuk menjaga dan mengawal fungsi tersebut.
Proses ini yang di namakan sebagai Fisioterapi, Kognitif Terapi dan pada kebanyakan keadaan perlu di lakukan simulasi dan rangsangan menggunakan teknik Neuro-Muscular Electrical Therapyhy.
Sel Neuro otak akan bersambung dan re-route bagi mengaktifkan kembali fungsi ini di namakan sebagai prose Neuroplasticity.
PAKEJ ini termasuk
A. Tempat tinggal,
B. Pemulihan NEUROLOGIC FISIOTERAPI & Stroke,
C. Aqua Terapi,
D. Kognitif Terapi dan juga terapi Asas Pertuturan,
E. kawalan pemakanan menggunakan formula SUKU-SUKU SEPARUH,
F. Dobi,
G. Terapi Neuro-Muscular Electrical Simulation.
H. Terapi persekitar dan sosial.
1. Kami tidak sediakan Penjaga, tapi sediakan tempat tinggal berkonsepkan Homestay/Asrama Mesra OKU.
2. Makan-minum 3 kali sehari mengikut Diet Suku-Suku Separuh ( 1500-1800 kalori ).
3. Peti Ais, Washing Machine di sediakan. Tempat penyidai. Bilik Mandi dan Waterheater.
4. Tempat tinggal selesa dan berhawa Dingin.
5. Ada Option pilihan, Ruang Terbuka, Bilik Sharing, atau Bilik Individual.
Ramai pesakit stroke kehilangan deria rasa dan rangsangan. Berdasarkan pengalaman rawatan kami, Terapi Hidro memulihkan keseimbangan dan keyakinan pesakit Strok berdiri dan berjalan kembali, ianya amat membantu dari segi pemulihan deria rasa dan rangsangan.
HomeVisit bermaksud kami datang berkunjung ke rumah anda untuk melihat potensi,merawat dan memulihkan dalam satu sesi.
Untuk ketahui info yang lebih lanjut boleh tekan butang di bawah.
Pakej ini adalah pakej di mana pesakit membuat rawatan fisioterapi di Rumah Rehab Al Hilmi dengan secara berulang-alik dari tempat tinggal pesakit. Ini bermaksud pesakit tidak menginap di tempat rawatan.
Di luar negara sudah lama Popular pemulihan anggota secara Online seperti Fisioterapi Online.
Tapi kena pilih Fisioterapi yang berkelulusan dalam bidang mereka. Ada ijazah dan ada diploma.
Jangan salah pilih fisioterapi tetali berkelulusan bidang lain seperti Sains Sukan atau urutan.
Itu menjadi satu kesalahan.
Sebenarnya kos travel dan kos untuk datang kerumah tinggi.
Tambahan lagi kalau duk kat ceruk kampung.
Sekarang ini kat mana-mana line internet broadband ada.
BOLEH KE BUAT SECARA ONLINE?
Kenapa tak boleh pula?
Pemulihan anggota ini banyak kategori. Ada pesakit boleh berdikari. Ada masa kita akan minta ada Caregiver atau pembantu pesakit ada kat sebelah beliau.
Nanti kami ajarilah kat mana nak check dan macam mana nak buat?
Lebih jimat kos, pemulihan juga boleh di lakukan.
Tak ada alasan. Semua ada caranya
Nanti kami senaraikan peralatan dan apps yg sesuai.
Orang banyak alasan tidak akan kemana-mana.
Jangan bimbang Pemulih anggota kami semua terlatih dan berkelulusan dalam bidang mereka.
Tambahan lagi dengan pengalaman Pemulihan Neurologic Fisioterapi lebih 100 orang pesakit Stroke.
Macam mana nak daftar atau dapat maklumat lanjut?
Jika ada pertanyaan, tips dan info, kami akan bantu sebaik mungkin.Tekan Butang di bawah.
Rumah Tamu/Homestay Stroke Al Hilmi
whilmi@gmail.com
Bandar Seri Putra
1. No.45, Jalan Seri Putra 2/4C, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor
2. No.16, Jalan Kekwa 3, Nilai Impian 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Isnin - Jumaat
9:00.a.m. - 18:00.p.m.
Offline Website Software